#Entri 1
Teks : Norafidah Binti Ahmad
Kehidupan
yang bermula di awal tahun 70-an bersama keluarga tercinta amat nostalgik sekali.
Keluarga yang kecil dan kehidupan yang amat sederhana ketika itu tidak menjanji
kan apa-apa kemewahan dan tidak juga di uji dengan keperitan yang amat sangat
untuk kami lalui. Dengan hanya dikelilingi oleh dua orang kakak yang menjadi
sebahagian dari hidup ini tidak banyak corak dan rencah yang dapat dilihat dan
dirasa berbanding mereka yang melalui kehidupan yang terdiri dari ramai adik,
kakak dan abang.
Kehidupan
yang biasa-biasa tetapi penuh dengan nikmat yang Allah berikan. Zaman
kanak-kanak yang dilalui di sebuah Estet yang tidak mungkin akan dilalui oleh
kanak-kanak di alaf baru ini memberikan suatu pengalaman kehidupan yang amat
berbeza dan sangat indah sebenarnya.
Memulakan
alam persekolahan rendah di pertengahan tahun 70-an dengan tiada pra-sekolah
atau tadika yang dihadiri ketika itu juga menjadikan alam sekolah rendah begitu
berwarna-warni dengan pelbagai kerenah kanak-kanak di zaman itu. Ketika itulah
jari-jemari ini dipegang bersama sebatang pensil oleh guru untuk membentuk
tulisan-tulisan asas sebelum membentuk huruf-huruf. Di sini juga lah bermulanya
pendidkan formal yang telah membawa diri ini ke peringkat yang seterusnya.
Kehidupan
remaja di awal tahun 80-an juga jauh bezanya berbanding remaja di alaf baru.
Memilih untuk menerima tawaran bersekolah di sekolah berasrama penuh, menambah
lagi warna hidup ini. Kehidupan yang jauh lebih aman berbanding dengan
kehidupan remaja kini yang hidup di dunia tanpa sempadan yang penuh onak dan duri sekiranya tidak dipimpin ke jalan yang benar.
Bergelar
mahasiswi di sebuah universiti di awal tahun 90-an menjadi kebanggaan oleh
setiap emak dan ayah. Mahasiswi ketika itu juga tidak banyak cabarannya
berbanding mahasiswi di alaf ini. Dengan kos pengajian ketika itu tidak melebihi
20 ribu ringgit berbanding kos pengajian alaf ini mencecah ratusan ribu
ringgit.
Memulakan
kerjaya di pertengahan tahun 90-an dengan keazaman yang tinggi untuk membalas
jasa dan jerih payah kedua emak dan ayah membanting tulang di estet seterusnya menjanjikan
mereka kehidupan yang lebih selesa. Memulakan
kerjaya yang biasa-biasa sahaja namun menimba pengalaman kehidupan yang tiada
harga dengan pelbagai cabaran yang harus ditempuhi.
Menamatkan
zaman bujang di awal tahun 2000 dengan redha setelah pelbagai rentetan episod
dilalui dengan izin Allah swt jua. Dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki
yang kini berada di alam persekolahan rendah. Masih meneruskan kerjaya yang
tidak seberapa namun itulah nikmat Allah swt yang tidak tersyukuri dan tidak terhingga
nilainya sehingga dijemput-Nya kembali.
Demikian
sebahagian dari rentetan kehidupan Norafidah Binti Ahmad, salam ukhwah fillah
semoga segalanya mendapat redha Allah swt.
No comments:
Post a Comment