Monday, November 23, 2015

MENGIMBAU KENANGAN

Entri #15

Teks : Norafidah Ahmad
Foto : Norafidah Ahmad


Assalamualaikum


Agak lama menyepi. 


Tercari-cari apa yang hendak dicoret untuk pembaca sekelian. Agak sukar untuk membiasakan diri ini supaya terus menulis dan menulis. 


Hari ini dikongsikan sebahagian lagi kisah dalam kehidupan ini. Kita tidak mungkin akan berada di sini di saat ini menjalani hidup ini sekiranya ia tidak bermula dari hari pertama kita di dunia ini. Dari saat pertama, hari pertama, bulan pertama, tahun pertama dan sehingga kini ia telah menjangkau hampir ke setengah abad pertama. 


Kisah di zaman kanak-kanak seusia 7-12 tahun adalah kisah yang sangat indah untuk dikenang. Zaman yang tidak mungkin akan dilupakan. Walaupun sebenarnya banyak perkara semakin hilang dalam lipatan memori. 


Pernah suatu ketika tercari-cari di manakah semua sahabat-sahabat sekelian? Rindu untuk bertemu. Semua kenangan zaman persekolahan berakhir di hari perpisahan yang merupakan hari terakhir persekolahan. Bermulalah langkah seterusnya. Masing-masing memulakan haluan untuk meneruskan perjalanan kehidupan masing-masing. Langkah demi langkah, berbagai pengalaman yang dilalui, pahit dan manis ranjau ditempuhi. Ada kala tertanya-tanya, dimanakah kalian berada sekarang.


Rupanya-rupanya semuanya berkemungkinan dengan peralihan teknologi komunikasi di alaf baru. Bermula dari pencarian di Facebook, pertemuan seorang demi seorang, dengan izin Allh swt kami telah bertemu semula. Keseronokan yang tidak mampu diungkap dengan kata-kata, pertemuan yang mengimbau semua kenangan zaman kanak-kanak, hanya kami yang merasainya.


Pertemuan yang dirancang dalam masa yang singkat dan dalam kesibukan masing-masing menjalani tugasan dan tanggungjawab, kesanggupan dan kehadiran sahabat-sahabat membuktikan keakraban dan ukhuwah yang terjalin tetap bersemi di hati kami. Kami mengimbau kenangan ketika itu dengan kecomelan, kenakalan dan kecomotan masing-masing di usia 7-12 tahun.



















Kami bertemu akhirnya... sebahagian lagi coretan kehidupan dalam kenangan...



2 comments: